Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Friday, August 6

Suburkan Tabiat menabung Untuk masa depan

Salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca sekalian, pada kali ini penulis akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menyuburkan atau menanam minat menabung dikalangan diri anda, atau anak-anak anda atau pada sesiapa yang ingin menabung. Masih tidak terlamabat untuk menabung untuk hari tua. Baiklah disini penulis ingin berkongsi beberapa tip mudah untuk menabung.

Berhenti Merokok 
Nak berenti merokok
Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005.Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok.
Kata seorang kawan penulis, semenjak kenaikkan harga rokok ini, beliau dapat menjimatkan lebih kurang RM55 seminggu(RM7.8 x 7hari)  kerana telah berhenti merokok. cuba kita darabkan kepada sebulan RM55x 30= RM1650 seminggu  dan kalau setahun die dapat menabung sebanyak RM 55x356hari=RM20,075. Percayalah ini bukan rekaan cuba anda buat kiraan anda sendiri berapa banyakkah anda telah menabung kepada PENJUAL ROKOK TERSEBUT.

Bawa bekalan ke tempat kerja
Jimat, Jimat, Jimat
Masih ingatkah kita pada sesiapa yang lahir pada awal tahun 80an, apabila kita hendak ke sekolah kita  dibekalkan oleh ibu bapa kita dengan bekalan makanan? Disamping kita dibekalkan dengan bekal makanan kita juga dibekalkan dengan duit belanja. Dan duit belanja tersebut kebanyakkan disimpan oleh kita untuk membeli coklat atau komik atrau barang permainan yang diingini. Kenapa pada masa sekarang ketika anda berada dalam alam pekerjaan anda malu hendak membawa bekal. Perasan tak di kalangan kaum cina, ada segelintir mereka membawa bekalan minuman dan kadang-kadang membawa bekalan sandwish ke pejabat. Pada mereka inilah cara berjimat yang paling efisyen. Mari kita buat kira-kira tersebut. Katakan anda membelanjakan RM10(sarapan dan mkn tghari) sehari. Jika ia dihitung selama hari anda bekerja selama katakan 22 hari anda bekerja. Maka anda dapat menjimatkan RM220 sebulan dan RM 220x 12=RM 2640 setahun. Jadi fikir-fikirkanlah.

Cuci kereta anda sendiri
Jimat+luang masa=Happy Family
Dengan kaedah ini, bukan sahaja anda dapat berjimat, malah anda dapat feadeah dengan bersenam dan dapat meluangkan banyak masa dengan kuarga anda jika ia dilakukan dengan seisi keluarga. Mari kita buat pengiraan jika kereta anda dihantar ke kedai uuntuk dicuci dalam kadar seminggu sekali. RM 9x 4kali sebulan= RM36. Untuk setahun anda dapat berjimat sebanyak RM 432 atau mungkin lebih dari itu. Jadi mulakannya sekarang.

Ajar anak anda sendiri
Loving Parent
Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak kita, kebanyakkan kita akan menghantar anak kita ke kelas tuisyen sebagai tambahan pembelajaran kepada anak-anak kita. Mengikut kiraan penulis seseorang ibu atau bapa akan menghabiskan RM150 sebulan untuk kelas tuisyen anak-anak mereka. Jika ini dilakukan untuk sepuluh bulan maka kita akan dapat menabung sebanyak RM1500 setahun.

Jelaskan bil-bil anda dengan kemudahan internet
Klik aje senang kan
 Seperti yang kita tahu, mandat terbaru perndana menteri yang ke6 ini salah satunya memajukan kawasan luar bandar dengan kelengkapan ICT. Tahukah anda dengan menjelaskan bil-bil anda dapat menjimatkan beberapa kos yang tersembunyi dan ianya adalah proses yang sangat mudah, pantas dan efisyen. Mari lihat kos-kos yang tersembunyi jika anda ingin membuat baryaran bil-bil yang anda ada. katakan anda menaiki kereta ke lokasi pembayaran (pejabat pos) katakan sebulan anda membelanjakan RM15 untuk kos ke tempat pembayaran. Jika setahun anda dapat menabung RM180.

Biar tak berjenama janji selesa.
cap ayam lagi glamour tau
Mungkin anda pernah terdengar pepatah ini. Iya dengan cara ini anda juga mampu berjimat dan menabung. Kenapa anda perlu membayar harga yang tinggi untuk membeli pakaian berjenama. Tidak kah anda tahu bahawa tiada siapa yang akan bertanyakan jenama baju yang anda pakai dan bertanyakan berapakah harga baju yang anda pakai. Ingat berbelanjalah mengikut kepuasan dan keselesaan abaikan minat membeli pakaian yang berjenama.

Dengan beberapa tip itu tadi maka ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak masalah kewangan anda. Ingat menabunglah dari sekarang untuk masa hadapan. Ingat menabung ini akan memberi faedah bukan sahaja kepada kita, mungkin akan memberi fedah kepada orang disekeliling kta seperti ibu bapa atau mungkin kepada anak-anak kita. Terlintas di fikiran penulis cerita TAKDIR yang disiarkan oleh TV3 dimana pemuda itu memang tidak sanggup berhutang kerana ingin melansungkan perkahwinannya. Jadi menabung dan jangan menyusahkan diri anda kelak.

2 comments:

suara-sepi said...

sangat berguna tips ini buat anak2 muda zaman sekarang.....

DaNieL HafIz said...

yup sama-sama lah kita amalkan menabung iusia yg masih muda nie yer

Recent Posts