1. Kemahiran
Setiap insan mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, ada yang mahir bercakap, ada yang mahir mengurus, ada yang mahir menaip dan sebagainya. Untuk menjamin anda mudah mendapat kerja, maka perlu ada salah satu kemahiran yang membolehkan anda menarik perhatian pemberi kerja. Kemahiran seperti ini lah yang akan menjadi keistimewaan pada diri anda yang akan membezakan kelayakan anda dalam bidang akademik.
2. Penampilan
Sekiranya ada ingin meminta kerja dalam bidang yang profesional, maka sesuaikanlah pemakaian anda dengan bidang kerja yang anda minta. kalau boleh pakai lah pakaian seperti model di atas yang ada status good 2, kemas dan kalau si penemu ramah nak interview pon sejuk je mata die memandang.
3. Pengetahuan yang tinggi.
Bagi memudahkan anda mendapatkan perkerjaan, Lengkapkan diri anda dengan pengalaman, pengetahuan dan kelayakan akademik yang sesuai dengan perkerjaan anda. Terdapat pekerja yang mendapat kerja bukan kerana akedemik tetapi berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya.
4. Komunikasi
Apa yang memudahkan anda mendapat kan kerja ialah dengan cara anda berkomunikasi dengan si penemu ramah. Anda perlulah baik dari segi penguasaan bahasa, bijak mencetus idea, mahir dalam berfikir, pemikiran logik dan rasional. Apa yang penting anda harus yakin dengan percakapan anda.
5. Positif
berfikiran terbuka, bertoleransi, dan bersemangat tinggi merupakan sifat positif yang perlu ada bg pencari kerja.Biasanya ciri2 ini dinilai semasa ditemu duga.Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pandangan seseorang terhadap majikan dan perkembangan semasa.
6. Beretika
Seseorang itu perlu mempunyai etika dan nilai personaliti yang baik. Etika dalam kerja seperti jujur, cekap, amanah, bertimbang rasa, saling bantu membantu dan bertanggungjawab akan mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan perkerjaan.
7. Kemahiran sampingan
Selain mempunyai kemahiran utama, kita hendaklah mempunyai kemahiran sampingan seperti berkemahiran dalam bidang it, berkomunikasi dengan baik, pengurusan kerja yang cekap. Ciri-ciri ini penting bg bakal majikan kerana mereka memerlukan pekerja yang sentiasa berdedikasi dan bersedia menjalankan tugas.
8. Pengetahuan semasa.
Selalunya pekara ini diambil ringan oleh pencari kerja. Kadang-kadang si penemuduga akan bertanyakan isu semasa samaada dalam dan luar negara untuk melihat samaada bakal pekerjanya alert dengan isu semasa ataupon tidak.
Dengan beberapa tips tadi, diharap pembaca dapat memperaktikannya supaya mudah mendapatkan pekerjaan yang anda impikan. Ingat banyak-banyakan berdoa dan berusaha. Semoga anda mendapat kerja yang bersesuaian dengan anda.
2 comments:
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Emmm sekarang nak dapat kerja susah wooo...
kalau nak kerja govement kena ada cable besar... kalau kerja swasta kena ada skill dan pengalaman... kalau kerja sendiri sendiri mau ingat rajin usaha tangga kejayaan...
Kerja yang paling senang kerja tanam anggur... Menganggur lah tuuu
salam
lama rasanya tidak singgah disini..
terima kasih kerana menluangkan masa singgah diblog saya
info yg berguna tahniah
Post a Comment