Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Thursday, December 30

Terima Kasih Skuad Harimau Malaysia.


Tahniah, Terima Kasih serta berbagai ucapan lagi penulis nak ucapkan kepada skuad harimau kita diatas kesungguhan yang ditujukkan mereka dalam merebut takhta Piala Aff Suzuki pada tahun 2010 ini. Kejayaan ini menunjukkan skuad bola negara kita ini sudah melangkah hadapan dari tahun tahun yang sebelumnya. Skuad bimbingan K. Rajagobal ini berusaha keras kerana seawal dalam peringkat kumpulan lagi , skuad Malaysia di letakkan di dalam kumpulan yang kuat iaitu Skuad Malaysia diletakkan sama dengan kumpulan dari Indonesia dan juga Thailand.

Walaupun tewas pada peringkat kumpulan dengan pasukan Indonesia dengan argreget 5-1, tetapi pasukan Malaysia layak menjadi pasukan peringkat separuh akhir menentang Vietnam. Pada peringkat separuh ini, skuad harimau berjaya mengalahkan pasukan dari Vietnam dengan argreget 2-0, seterusnya melayakkan pasukan Malaysia kita menempah tiket Final sekali lagi menentang pasukan dari Indonesia.

Setelah belajar dari kesilapan lalu, skuad K. Rajagobal telah bersiap sedia untuk meranggul Piala suzuki pada kali ini. Perangcang dan segala teknik ditukar bagi mengelakkan kekalahan berulang kali di pentas final. Keberanian K. Rajagobal mennurunkan ramai permain muda seperti Penjaga gol iaitu Khairul fahmi dan juga pertahanan skuad Negara, Muslim, memantapkan lagi pasukan negara di pentas final.

Walau apa pun, sekalung tahniah di berikan kepada Jurulatih kebangsaan, pemain bola sepak negara serta penyokong-penyokong negara yang tanpa penat lelah sentiasa menyokong skuad bola negara dalam melangkah menjadi Juara. 





Tuesday, November 23

New Baby will Born.....

Salam sejahtera.. kembali lagi bersua dalam entry baru. hehehe sapa x hepi kalo dapat baby kan... hmm bukan baby orang la baby ayam hehehe ....hmm buat pengetahuan suma, penulis baru jer sebulan mendapatkan incubator dari seorang pembuat di area ujung melaka.. harga incubator bergantong kepada saiz yang kita mahu.
harga yang penulis beli ini berharga RM150. boleh lah memuatkan hampir 70bijik telur dalam satu2 masa.

ok setelah hampir 20 hari telur ayam yang dimasukkan dalam mesin pengeram ini, maka hari yang ditunggu telah tiba. Iaitu hari penetasan telur ayam. sungguh asyik sgt menyaksikan bagaimana ayam2 ini keluar dari sarung telurnya tanpa dibantu oleh ibu ayam atau sesiapa. hmm setakat nie penulis da mempunyai 8 ekor yang dah menetas dalam inkubator ini. yang lain2 belum sampai time. sbb yang len2 adelah telor dari burung bernama itik so time die menetas adalah selama 28-30 hari.

jadi saksikanlah rakaman yg sempat dibuat...













Recent Posts