Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Monday, August 10

Kenangan aku semasa menjadi guru ganti

Pengalaman menjadi guru ada satu pengalaman yang sangat menarik, ia bukan saja mengajar kita cara berhadapan dengan orang tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk mengajar anak bangsa kita. Pengalaman ini x kan penulis lupakan sampai bila-bila. banyak juga pengalaman baru yang penulis lalui semasa menjadi guru. dan rasa ingin sekali lagi penulis mencapai peluang kedua jika diberikan peluang untuk menjadi guru sekali lagi.

Menjadi guru ganti untuk subjek Bahasa Melayu, muzik dan seni adalah pekara yang sangat menarik. Semasa mengajar subjek bahasa, baru lah penulis lebih mengetahui bahawa bahasa kita adalah bahasa yang sungguh indah. sungguh indah jika x dicampur aduk dengan bahasa rojak.Begitu juga dengan subjek musik. Penulis bukan lah mahir dengan subjek ini, apa yang penulis tahu penulis cuba menerapkan kepada anak-anak murid penulis. Melihat telatah mereka ini membuatkan segala masalah hilang sebentar. dengan gelagatnya yang nakal dan aktif membuatkan kelakuan mereka semua menjadi pengalaman yang paling indah. disni anda boleh melihat kekreativitian mereka membuat persembahan:



untuk subjek yang paling penulis gemari ialah subjek seni. disini penulis dapat melihat bakat2 anak didik penulis menerusi lukisan dan rekaan mereka. sungguh menarik dan kreatifnya mereka ini. Sayangnya masa penulis tidak lama sbg guru ganti disitu. jikalau tidak mungkin penulis akan menghadiahkan satu ruangan seni yang menarik untuk sekolah tersebut. Lihatlah hasil kerja kreatif mereka ini:







2 comments:

iyllienaz said...

sangat kreatif..bagus btol ank murid..=)

Anonymous said...

pernah juga jadi guru ganti. Memang pengalaman yang sukar utk dilupakan.

Image and video hosting by TinyPic