Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Sunday, September 7

Petua menjadi Metrosexsual sejati






Pernahkah anda terdengar pekataan "Metrosexsual". Ia mungkin menjadi perkataan yang janggal pada sesetengah orang dan mungkin menjadi tabiat hidup kepada sesetengah orang. Metrosexsual ialah kata baru yang diberi kepada Lelaki Hetrosexsual yang menitikberatkan penampilan dirinya, atau cara tatahidupnya yang mempunyai gaya hidup seperti gayahidup seorang homosexsual. Disini ditegaskan bahawa seorang metrosexsual adalah bukan dari kalangan pengiat homosexsual, cuma mereka mengambil cara atau gaya hidup tentang penjagaan penampilan serta cara hidup yang ceria diamalkan oleh penggiat homesexsual.


Tatacara Hidup seorang metrosexsual kini kebanyakkannya boleh diterima oleh masyarakat di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. dan kini tatacara hidup metrosexsual semakin berkembang dan semakin bertambah bilangan penggiatnya. disini saya hendak menceritakan tentang cara menjadi seorang metrosexsual sejati. Seperti yang kita tahu, penggiat metrosexsual amat menitikberatkan penampilannya, setiap apa yang dipakai dari hujung rambut ke hujung kaki sentiasa akan dititikberatkan. daripada potongan rambut mengikut fesyen semasa sehinggalah pemilahan pakaian yang turut dititikberatkan supaya mengikut arus semasa.

Lelaki metrosexsual kini sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjadikan mereka putera idaman kepada setiap wanita. mereka akan ke pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan tona kulit yang diingini serta memiliki kulit yang halus dan bersih supaya tampak lebih kemas dan bergaya. mereka juga mempunyai citarasa yang tinggi dalam pemilihan pakaian. pakaian yang dikenakan haruslah sentiasa up to date dan sentiasa kemas dan tanpa kedutan kepada penggiat ini.

Apa yang penting untuk menjadi metrosexsual ini adalah cara hidup mereka iaitu bersih, gentelmen serta sentiasa kelihatan menawan. disini saya sertakan bagaimana hendak menjadi seorang metroseksual sejati:

1.tepati waktu
2.berjabat tgn dngan yakin
3.bersikap sopan santun
4.jgn bercakap kasar
5.menjaga emosi-jgn cept pns baran

6.jgn menyampuk
7.jgn menunjuk nunjuk

8.berkelakuan senonoh




Banyak artis juga kini menukar cara hidup mereka untuk menjadi seorang metrosexsual antaranya David Becham, Anuar zain, Rem, dan ramai lagi artis dalam dan luar negara mengamalkan cara hidup yang lebih menjurus kepada cara hidup berbentuk kesihatan ini.akhir kata Biar apapun penampilan kita, hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku kita dimana kita berada, bak kata pepatah






'' Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung"






No comments:

Recent Posts