Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Saturday, July 17

Akhirnya dapat juga ku tawan hati si "P"

Sejak kebelakangan ni, hati nie dub dab dub dab je... kenapa eh... kata owang tuh ade lah perasaan kita sahaja yang berada dalam keadaan cemas. kata orang lain pula kita jatuh cinta. entah lah apa yang boleh di katagorikan bagi hati yang dub dab dub dab ini. Dah lama sebenarnya aku berhajat nak tawan hati dia nie. bia la aku kenalkan kepada pembaca semua dengan nama "P".

Sebelum die menukarkan namanya kepada P aku kenal nama die dengan "EL". Takde apa nak cerita kan sewaktu aku kenal die dengan nama el ni, Mula-mula masa nak date 2, pagi-pagi lagi aku da bangun nak bersiap-siap jumpa cik EL nie. Almaklumla kali pertama. kena la berikan yang terbaik. Pakai Kasut, Seluar bergosok, baju pon berkolar. haha kelakar bila ingat masa mula-mula jumpa die. skema sangat. Sesi dating kami x lama la ada la dalam masa 2 jam, masa tuh aku cakap la kat EL nie aku nak melamar die, die kata tunggu la dlu. jangan la terburu-buru. kita date pon baru 2 jam.

Selang beberapa hari kemudian, aku terus menerus dating di tempat yang sama, selama 3 hari berikutnya. Tetiap hari aku berborak dengannya, tetiaphari juga die kata sabar, baru 4jam, baru 6jam, dan baru 8jam. Akhirnya setelah 8 jam aku dating dengannya, die cakap die nak uji aku. sama ada aku betul-betul kenal dengan nya dan keluarganya. Adeh nie aku pening ni, mana lak aku nak tau. Selidik punya selidik aku pon confirm aku boleh lepas punya ujian die. Saat masa yang ditunggu telah tiba. Saat aku di uji untuk mendapatkan si El ni. Dan resultnya.... alhamdulillah.... aku diterima menjadi kekasihnya... wow menjerit hatiku.

Setelah mendapat status kekasih disamping El, aku sering diingati oleh Mak aku supaya jangan nak lebih-lebih. Iyelah takut apa-apa akan terjadi nanti susah pulak nanti. Langkah menjadi kekasih dah tercapai, aku terus memikirkan langkah yang ke 2. Apa langkahnya untuk mencapai ke tahap yang ke2 ini iaitu menjadi tunang kepada si El ini. El memberikan beberapa syarat sebelum boleh menjadi tunannya. Syaratnya aku mesti mahir dan cekap dalam menguruskannya pada massa hadapan. Aku pon setuju dengan syarat yang El berikan kepadaku.

Setelah 2 tahun aku berkenalan dengan si L ini, jauh aku telah bawa die pergi, dari PJ ke kuantan, dari Melaka ke KL. Tapi setiap kali itu juga la Mak aku melenting, bapak aku pula naik pening. Haha darah muda nak buat camne, itu nak test, ini nak test, kesitu kesana suma aku bawak. Dan pada baru-baru ini la si El bawak jumpa bapak die.Mula mula terketar-ketar juga nak berhadapan dengan bapak si EL nie, muka die alamak memang begis, tapi..... hati die memang baik. Aku diajar bagaimana untuk lebih cekap dalam menguruskan si El oleh bapak si El ni td. Pertemuan aku dengan bapak Si El dilakukan selama 8 hari. Semua selok belok soal kecekapan dan pengurusan di ajar oleh bapak EL ni td.

Setelah berjumpa selama 8 jam dengan bapak si El nie, aku dibawa berjumpa dengan ibu si El nie. Hati ini da mengelodak ketakutan dan nervous nak berhadapan dengan mak mertua nie. Dah la garang, ramai pula bekas menantu die tewas dalam ujian semasa nak meminang si El nie dulu. Aku pon turut diuji oleh ibu Si El ni. antara ujian yang diberikan kepada aku oleh bakal Ibu mertuaku ini adalah:
  1. Bawak Ibu mertua Jalan-Jalan : PASS
  2. Mendaki Gunung Jinjang : PASS
  3. Adab-adab masuk kerumah : PASS
  4. 3 kelakuan mengambil hati : TAK PASS
Akhirnya ujian oleh ibu si El nie tadi tak lepas, adeh poning kepala den memikirkan cara nak memikat hati bakal Ibu mertua ni. Aku menyatakan isi hati kepada bakal mertuaku bahawa aku ingin meminang si El dan mahu diuji sekali lagi. Sebelum hari ujian nie, aku berjumpa dengan bapak si El ni, die ajar aku rahsia 3 kelakuan nak ambil hati bakal mertuaku ini. Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba... aku diuji dari satu ujian ke satu ujian.. Ujian 1-pass, Ujian 2- Pass, Ujian 3- Pass dan Ujian terkahir---------> Pass
Yahooooo.... Akhirnya aku dapat menawan hati bakal ibu mertuaku ini. Aku pon masuk meminang si El nie. Dan si El pon mula menukarkan namanya kepada Si P. Aku nak tye nama penuh die, die kata lagi 2 tahun aku mesti dapat tahu nama penuh die dan msa 2 aku dan bergelar suami sepenuh masa.

Kalo pembaca nak tahu siapa si P nie... lihat la di bawah ini hehehe:

Ini la si die. Cantik x cantik x si P ni...

Nota Kaki:
si El : Lesen L
si P : Lesen P
Bapak Mertua : Guru Mengajar
Ibu Mertua : JPJ

5 comments:

Ad Rifza said...

Cantiknyee cik P ni..hehehe..dah agak dah dri awal lagi tadi blaja kete ropenya..hehe..Salam ziarah..

zt-zati said...

Da dpt agak cik P ni lesen, lagi3 ble sblum ni nme L @ EL..
nyway tahniah da dpt lesen..
:)

eDdY said...

hehe...menarik tul citer ni...
walalupon dah dpt agak..tpi tetap nak baca sampai abes..(^^)

Yuni Aisyah said...

hahaha...P rupenya..ingtkan si jantung hati..hikhik..

tahniah ye..=)

DaNieL HafIz said...

AR:Hehe kalo x ubah cite mesti boring nak bace, so aplikasi la cerita cinta skit hehehe

ZZT: time kasih, hehehe da tua2 baru nak dapat lesen

EDY: hehehe time kasih, teruskan sokongan andA di blog ini, sy akan membalas kunjungan anda

YA: hehehe xde lagi kat dalam ati nie, nak pikir kerjaya dlu nak bantu ibu dan ayah dlu

Image and video hosting by TinyPic