Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Thursday, July 1

Bila dah jadi anak raja

Penulis Jadi anak kepada Raja
Hari ni genap bulan ke 7 penulis menjadi anak raja di rumah ini, iye lah anak raja kan x payah susah payah nak kerja, jadi boleh lah penulis ibaratkan diri penulis sbg anak raja. Hmm nak kata mati kutu duk umah nie x lah jugak(kengkadang ada gak) , ini bukan ape sbb penulis nie memang suka dengan keadaan di sini. iye la mana x nye, keadaan disini(di rumah penulis la) aman tenteram, penulis pon duk ngan parent penulis(kengkadang je penuh ngan adik beradik). Jadi bila x ramai orang di sekeliling penulis dan penulis pula suka keadaan yang sunyi maknaya penulis gembira la tinggal disini?(haha baru penulis perasan)

Keluarga Diraja. penulis

Pernah juga suara hati penulis berkata-kata( adakah aku harus jadi begini setelah penat lelah belajar sampai ke menara gading?. Uih masa bila la kat skola penulis ade menara? bangunan ade la ...menara seingat penulis xde kot... Pernah juga penulis bercadang nak jd usahawan... tp ada la mulut2 x berapa nak sedap didengar beleter ke telinga penulis
jd penulis pon menyatakan hasrat penulis kepada Permaisuri diraja: berikut adalah perbualan penulis besama beliau

Penulis: bonda, anaknda nak bercakap sedikit dengan bonda ni..
Permaisuri: Silakan anaknda beta...
Penulis: Bonda x murka dengan keadaan anaknda yang tak berkerja ini?
Permaisuri: Kenapa anaknda bertutur sedemikian?
Penulis: Anaknda tidak bekerja dan adakah itu akan menjadi beban kepada bonda?
Permaisuri: X pernah terlintas di benak hati bonda yang menyatakan anaknda ini membebankan. Bg bonda , bonda senang dengan kehadiran anaknda di istana bonda ini. Lupakanlah pasal kerja tersebut buat sementara waktu. Bg bonda jika anaknda tidak bermajikan sekalipun ia x akan membebankan bonda dan Baginda raja.
Penulis: Tapi bonda, anaknda ada juga berkeinginan membeli itu ini.
Permaisuri: Jangan risau anaknda, bonda mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung hidup keluarga ini.
Lebih kurang begitulah perbualan penulis dengan permaisuri raja. hehhe... Jadi dengan itu tiada lg kegusaran di hati ini, tiada lagi resah melanda jiwa ini, kerana dengan pekenan duli permaisuri beta akan berehat selama setahun.... . Tp itu bukan lesen besar kepada penulis untuk duduk lepak saja di istana permaisuri ini. Penulis dikenakan beberapa syarat antaranya:



Kolam ikan permaisuri.
  1. Pada waktu pagi, penulis kena sarapan (ini diwajibkan keatas penulis)
  2. Selepas bersantap, penulis dikhendaki mencuci kolam ikan diraja yang seluasnya lebih kurang 8 hektar luasnya( pekara ini diwajibkan jika dayang istana pulang ke kampung)
  3. Selepas membersihkan kolam, penulis dikehendaki memberi nafkah kepada fakir-fakir rakyat jelata makanan( pekara ini diwajibkan jika Baginda raja ke luar negeri atas utusan rasmi negara)(ia diwajibkan dilakukan 2 kali sehari pg dan petang)
  4. Makan tengahari tidak akan disediakan oleh pihak istana( penulis kena akur, jika baginda raja balik dari urusan dan menetap diistana barulah santapan tengahari disediakan)
  5. Pada sebelah petang, penulis diwajibkan mengangkat layar kapal, dan selalunya pekara ini dilakukan oleh anak-anak kapal.
  6. Pada sesi hampir malam, Santapan makan malam dihidangkan, ( selalu penulis diundang untuk santap bersama tuanku permaisuri)


Rakyat jelata.

Agak-agak pembaca kan lah? mampu ke penulis lakukan semua itu.... penulis juga tertanya-tanya adakah aku mampu melakukannya? dan ternya penulis dapat menjawabnya... (penulis telah melakukannya dari awal tahun lepas) macam x percaya je... . haha percaya kan aje...

Akhirnya pementeraian surat lantikan sebagai anak raja telah di hantar, maka secara x rasminya penulis jadi anak raja di istana ini. haha....(sangat berangan) jadi kalo pembaca mahu komen kenapa penulis x bekerja, boleh menyertai sistem voting di sebelah kanan muka pc pembaca sekalian... assalamualaikum
  • nota kaki:
  • Permaisuri: Mak penulis
  • Baginda raja: Ayah penulis
  • Istana: Rumah da...
  • Kolam ikan: Washing machine
  • Kapal layar: Kain jemuran
  • Rakyat jelata: Haiwan ternakan
  • Anak raja: Pemuda yang x kerja

No comments:

Image and video hosting by TinyPic