Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Sunday, July 4

Bapak Borek anak x semestinya Rintik...

Selalunya kita akan mendengar masyarakat kita akan mengaplikasikan peribahasa seperti 'bapak borek anak rintik' yang bermaksud begitu lah kelakuan anaknya jika bapanya berkelakuan begitu. Pada entri kali ini, penulis nak membangkang sekali pepatah simpulan bahasa tersebut. Pada zaman sekarang pepatah seperti 'bapak borek anak rintik' dah tidak relevan dengan peredaran zaman(bagi pendapat penulis la).

Kegiatan isu sosial pada zaman sekarang amat membimbangkan bukan saja dalam diri penulis tetapi kepada semua golongan. Baru-baru nie penulis berjumpa dengan kawan penulis yang berusia awal 30an. Walaupun masih muda , beliau telah berumah tangga dan alhamdulillah beliau telah dikurniakan dengan 2 cahayamata yang kedua-duanya hero.




Sedang kami duduk semeja menghirup minuman, kami memulakan bicara petang dengan bertanya khabar masing-masing. Borak punya borak punya borak, macam macam isu telah dikupas dan diceritakan termasuklah isu sosial yang kian menular dikalangan anak remaja kita sekarang. Tiba-tiba bapa kepada 2 orang anak 2 bersuara:

Bapa: Anak aku yang sulung tuh xnak pegi skola arini.
Penulis: Kenapa yob?
Bapa: katanya malas bangun pagi.(agaknya takut mandi air sejuk kot)
Penulis: ko jangan bagi muka sngt kat dak si along tuh(along 2 anak sulung aa)
Bapa: Bukan ape, kata die apa yang cikgu ajar die kat skola da belajar da mase tadika.
Penulis: Ko antar anak ko takdika umur brapa taun(Mengharap si Bapa nie bg umur yg kecik)
Bapa: Aku antar masa umur die 4 taun lg, die kata kat skola(skang darjah 1) suma die da blaja da bosan.


Iye lah mana x nye si budak tuh da tau ape yang die tau, then die akan bosan, bila da bosan die akan ikut pekara yang akan berlaku di sekeliling mereka. Pada zaman yang serba moden sekarang, banyak pengaruh yang x baik berlaku di hadapan mata kita dan di sekeliling kita. Anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini akan mencari atitude mereka bedasarkan pengaruh sekeliling kita. Jadi kerisauan si Bapa ni makin rancak dibicarakan.

Bapa: Nasib la aku xde anak perempuan, bukan x nak... nak tuh nak tp x de rezeki lagi. kau tau la kan sekarang nie gejala buang anak, lari rumah suma tuh agak membimbangkan( wah da macam menteri la pulak)
Penulis:iye la bak kata owg la kan bukan kata aku, 'jaga lembu sekandang lebih mudah jaga sorang anak perempuan'....
Bapa: betul-betul... aku sokong kata kau..

Apa- apa pon berbalik kepada peribahasa yang penulis letak dalam tajuk diatas tuh, kenapa sekarang kita tgk bapak die iman masjid, tp anak die mat pit. ade tuh bapak die penagih tp anak die ketua polis bahagian narkotik. Dan bermacam-macam contoh lagi la yang menjadi realiti pada zaman sekarang. Ianya pangkal kepada cara kita mentarbiah anak-anak kita supaya menjadi lebih baik daripada kita...Sebelum penulis berenti menulis saksikalah sedutan video ini:


video

No comments:

Recent Posts