Nah mak, penulis memberikan mortar board kepada mama penulis. Terimalah segulung ijazah ini dari anakmu. Mak penulis terus tersenyum sambil matanya mula hendak mencurahkan linangan titisan mutiara kegembiraan. Pantas die memukul lembut dibelakang penulis, sambil berkata, Kenapa td ambil scroll nampak keras je. Dengan selamba penulis berkata, gemuruh mak 1 time jumpa sultan tuh yang keras semacam tu, kemudian kami hanya bergelak kecil menuju ke dewan anggerik.
Pekara utama dalam fikiran penulis da menggambarkan gambaran suasana meriah pilu dan gembira. iye lah mana taknya konvo ni slalunya menjadi perkara yang paling bermakna dan menjadi sejarah kepada semua yang pernah bergelar graduan termasuklah penulis. Parent penulis pon turut berbangga dengan kejayaan penulis.Sebelum penulis meneruskan penulisan penulis izinkan penulis membuat sedikit ucapan kepada ibu bapa penulis:
Mak terima kasih atas pengorbananmu selama membesarkan saya,
Abah terima kasih juga atas pengorbanan abah selama ini,
Dengan usaha didikan mak dan abah la saya telah berjaya setakat ini,
Dengan duit mak dan abah la saya dapat belajar,
Dengan kasih sayang mak dan abah la saya hidup sempurna,
Mak, abah,
Saya x dapat memberikan apa-apa selain dari segulung ijazah ini,
Maaf kerana segulung ijazah ini memang tidak berharga kepada mak dan abah,
Tetapi dengan segulung ijazah ini lah dapat membanggakan mak dan abah,
dengan segulung ijazah ini lah dapat mengembirakan mak dan abah,
walau ia x seberapa dek mata mak dan abah.
Mak, abah,
Saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepad mak dan abah,
kerana saya dilahirkan dengan cukup kasih sayangnya,
kerana saya dibesarkan dengan cukup ajaran agamanya,
kerana saya dibesarkan dengan cukup kemewahannya,
saya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya selama ini,
Terima kasih insan yang bergelar Mak dan Abah....
Setelah berpenat lelah dengan belajar, akhirnya penulis telah dapat menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah berkat kesunguhan penulis akhirnya tercapai juga impian penulis untuk mengengam segulung ijazah ini. Iya x iya, berbalik kita ke tajuk asal. Sempena harijadi penulis yang ke 19 hehe(poyo) penulis rasa ini lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup penulis. mana xnya, kalo dlu2 masa celebrate hari lahir je mesti ada kek and buat jamuan makan-makan walau yg datang x bagi hadiah, tp pada kali ini hadiah tersebut telah disampaikan oleh Sultan Johor dan disaksikan oleh mantan perdana menteri iaitu Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi. Pe-pe pon saksikan kenangan yang dapat diukir semasa konnokesyen penulis tersebut:
1 comment:
hepi konvokesyen..n hepi belated besdey!
Post a Comment