Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, May 4

Riuh rendah hiburan tanah air kita...

Sekarang tanah air kita riuhkan dengan demam AF musim ke 8, bukan itu sahaja Mentor musim ke 4 juga sempat mengambil peluang memeriahkan berita hiburan tanah air kita. Penulis sempat la menonton Mentor 4 pada wekend lepas. Penulis bukanlah peminat setia bagi siaran ini tapi kalo tegok sekadar nak ilangkan boring itu boleh la....

Program Realiti Akademi fantasia Musim Ke8 mewarnai dunia hiburan tanah air kita

Apa yang mengejutkan penulis dalam menonton Mentor 4 pada konsert pengenalan ini ialah pada sesi sambutan hari jadi bagi Kak Ziana Zain kita. Memang suprise betol, ye la dalam live nie boleh pula ada pekara suprise. Teringat penulis masa kak ziana dikenakan oleh peminat dan PA nya didalam siaran WAKENABEB. Sampai menangis nangis kak Ziana kita takut pekara buruk berlaku kepadanya dan PAnya. hehehe nasib baik la itu lakonan. kalo x mesti kita kehilangan seorang penghibur yang glamor.

Kak Ziana Diva, Itulah jolokan beliau yang terkenal dengan keningnya yang terangkat.

Belum habis penulis teruja dan terkejut dengan kejutan itu, penulis sekali lagi terkejut dengan apa yang dilakukan oleh MOmmy atau mentor yang bernama Mas Idayu. Mana x terkejutnya, sedang mentor Mas Idayu ini tengah perform, tiba-tiba Mas idayu menjerit-jerit meminta persembahan tersebut diberhentikan kerana mentornya x dapat perform dengan betol dan bagus. Inilah kali pertama penulis melihat persembahan yang disiarkan secara langsung diberhentikan secara mengejut. Sepatutnya Mas Idayu lebih peka terhadap kesihatan mentornya supaya mentornya dan Mas Idayu tak dimalukan atau memalukan diri sendiri...

Mas Idayu Penuh dengan Gosip selepas berakhirnya Mentor ke 3

Penulis juga sempat menonton satu siaran iaitu CERITA ARTIS MALAYSIA terbitan ASTRO yang menceritakan mengenai artis yang bernama Mior atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.
Bukan sekali tetapi setiap kali ulangan siaran ini dimainkan di televisyen penulis tidak terlepas untuk menontonya. kadang kadang begenang air mata penulis menonton siaran itu, kerana betol betol terasa kehilangn penghibur yang serbaboleh ini. Penulis doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Terdetik penulis apabila melihat satu iklan di ASTRO juga mengenai satu program baru iaitu IMAM MUDA. tertanya tanya juga di dalam hati penulis ini, adakah program ini akan mendapat sambutan sehebat program MENTOR atau AF ini. apa apa pon mari lah sama-sama kita meningkatkan amalan kita di samping kita berhibur...

No comments:

Image and video hosting by TinyPic