hmm best rasenya dapat berehat balik semula ke kampung halaman tercinta nie. Nyaman, tenang lapang rasa pemikiran penulis apabila kembali pulang ke kampung halaman ini. Hmm da cukup lah rasenya berehat selama 2 hari bila baru baik dari kuar wad. hmm pe lagi aktiviti utama ialah zzzz makan minum dan makan makan makan.
Sejak kembali pulang ke kampung, hmm selera penulis berganda ganda nampaknya, bayangkan pada hari jumaat penulis habiskan 1 set pizza bersaiz regular dan 2 sup of the day, nasi +lauk, pastu junk food. Pada hari sabtu pula, untuk sarapan penulis bedal 2 nasi lemak, 2 keping roti canai, jejemput 7 biji, keropok goreng dalam 3 keping, tghari pula nasi lauk ayam percik dan sayur campur, pastu makan buah pear 1 biji, dalam pukul 3 penulis makan aiskrim beserta biskut. pada waktu petang pula penulis balun kek span 4 potong... malam skali lagi lauk sama ngan makan tengahari.
hmm kalo renung renung balik memang banyak sungguh penulis makan dalam 2 hari ini, hmm apa apa pon mak penulis slalu jugak menjeling matanya, tanda mara dengan sikap buas nafsu makan penulis. xpe la mak nak wat camne, selera tengah ada, nie pon baru dapat makan makanan masakan mak dengan penuh selera.
disebabkan banyak sangat makan, maka pembaca tau tau la kan apa reaksi pulak pas2. Bagaikan kata pepatah melayu 2 'banyak makan, jadi malas' lebih kurang begitu la. hehehe so penulis x terlepas la dari pepatah melayu yang menyatakan kita akan jadi malas selepas banyak makan heheh. hmm jadi seharian suntuk penulis makan tido makan tido. nak buat kerja umah pulak da malas, bila nak on9 lak hmm malas sebabnya internet broadband kat sni xselaju yang diharapkan. tp da ada broadband nie kira syukur la xde la pembaca kekeringan bahan bacaan dari blog penulis nie kan.
Jadi azam penulis, besok penulis nak kemas umah penulis yang hehehe sepah die ada aa mcam tongkang pecah. Jadi esok kena gerak kerja juga, cukup la wekend lepas sekadar berehat. Pe pe pon nanti penulis update apa yang akan penulis lakukan esok ya.
No comments:
Post a Comment