Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, May 4

Nak Cerita tentang hati ni...

Dalam kesibukan kita meniti hari demi hari, kita sering mengabaikan penjagaan hati kita. Disini penulis nak bagi tip bagaimana nak sejahterakan hati kita ini mengikut persektif islam:


HATI YANG SEJAHTERA ADALAH HATI YANG:

*Kenal dan Mencintai ALLAH s.w.t dan takut kepadaNYA
*Meletakkan ALLAH dan RasulNya di tempat tertinggi dalam Kehidupan harian
*Bebas dari sifat amarah, syawat dan syaitan.
*Dipandu oleh nilai-nilai murni dan dapat memandu kepada orang lain.
*Sentiasa tawaduk dan merendahkan diri.
*Ghairah dengan perkara kebaikkan dan sangat benci segala bentuk perkara kejahatan

Hati yang keras ibarat batu, boleh terhakis dengan kelembutan air(doa).

*Dekat dengan ALLAH dan menjadikan kehidupan berpaksi mencari keredhaan ALLAh s.w.t

No comments:

Recent Posts