Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Wednesday, April 28

Al-fatihah....

Di saat penulis mengupdate blog ini, penulis baru kehilangan seorang lagi insan yang penulis sayang iaitu ninda penulis. Penulis sungguh sebak dan agak ralat disebabkan x dapat melihat muka arwah untuk terakhir sekali. di saat penulis menulis entry ini air mata penulis menitis pelahan-pelahan menitis dari muka ini.

Penulis x dapat melihat untuk yang terakhir sekali kerana penulis masih lagi di dalam rawatan di hospital sg.buluh. Ye penulis sekarang di atas katil di dalam wad mengupdate blog ini. Blog ini khas untuk menyuarakan isihati penulis kerana x dapat melihat arwah disemadikan buat kali terakhir.

Penulis jadi ralat bukan sbb ape, selepas keluar dari hospital putrajaya, penulis dapat berita yang arwah ninda terjatuh dalam tandas dan mengalami retak tulang punggung. penulis beria-ria mengajak mak penulis melawat arwah, tp atas keadaan penulis yang masih tidak sihat dan ada temujanji dengan doktor di hospital pada minggu tersebut hajat nak datang melawat x kesampaian.

Sampailah di saat ini penulis x dapat menatap lagi muka arwah buat kali terakhir. Penulis betol-betol sedih. Semoga arwah pergi dengan tenang dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah. amin ya rabbal alamin...

1 comment:

Afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Takziah.... harap bersabar ye...
Ya Ilahi
merendah pada-Nya
harus tunduk percaya
ketetapan Maha Suci
sentiasa kekal abadi
ketahuilah diri
dia telah pergi
walau aku masih di sini

Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Amin

Image and video hosting by TinyPic