Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, August 5

PC Fair- PICOM

bila sebut je pasal PC fair nie, memang pekara yang dinanti-nanti oleh para pengguna teknologi gaget ini. baru-baru ini pihak pengurusan PC fair telah menganjurkan karnival jualan barangan komputer dan barangan eletronik atau singkatannya PICOM bertujuan untuk menghabiskan stok lama yang belum terjual. Di karnival PICOM ini harga barang2 komputer dan barang2 eletronik agak murah disamping boleh menghanguskan duit simpanan kita untuk beli barang2 lain. Apabila mereka yang datang kesini tidak merancang untuk membeli ape2 dan hanya ikut nafsu membeli, maka badget bulan ini akan lari bukan sekilometer tetapi boleh menyebabkan kita makan megi selepas ke karnival PICOM tersebut.

Aku ngan budak2 umah aku( memang giler Gadget an komputer ) telah pergi menziarahi karnival tersebut. Pada mulanya kami merancang naik bas pada pukul 12.30 tetapi rancangan terpaksa ditukar apabila tiket bas hanya ada pada pukul 2.00. huhuhu memang hangin rancangan yang kami pelan x menjadi. Asalnya nak pg balik hari.. tetapi disebabkan dapat tiket lewat kami terpaksa merangcang tido semalam disana.

sesampainya di sana iaitu di kl convention centre iaitu tempat karnival picom diadakan, jam menunjukkan kul 6.00 petang, kami dengan pantasnya naik ke tingkat 3 dan mencari barang2 yang kami mahu cari. Bagi aku mase aku pergi 2 aku nak cari hardisk, Cd writer, keyboard & mouse. Budak umah aku nak cari motherboard, ram, processor dan macam-macam lagi
naik pening nak compare harga dan yang terbaik

kesesakkan di ruang pc fair tersebut begitu ketara, bagiku keadaan disitu sungguh sesak dan heppening ye la banyak awek cun n seksi kat sana wooo... Nasib baik mase kami pegi 2 hari Jumaat xde la ramai sgt. kalo hari sab2 tak tau la. nasib baik budak umah aku tak ilang, da la masing2 bat low. x dapat nak berhubung lgsg kalo sesat kat sana. Nie la suasana yg sempat aku amik masa karnival tersebut berlangsung.

memang tak di nafikan cukup meriah dan memenatkan kalo round satu bangunan 2 untuk cari 2 3 barang sahaja. kami kira2 dalam 3 jam kami berjalan memilih barang barang dalam karnival tersebut. penat+ lapar+dahaga suma bermain dalam otak kami. selepas hampir 3 jam kami berjalan, perut kami mula berkeroncong, ade yang berirama melayu tak ketinggalan irama pop juga. ye la dari pagi tak makan hanya bersarapan sahaja. jam menunjukkan 9.15 malam, masa nie karnival pon da tutup n kami pon memilih MCdonalds menjadi tempat dinner kami. Piliha dibuat sbb mudah dan cepat. ku ngan faris makan double cheese burger. tengko plak makan big mag burger. pergh da lama giler kami x makan fast food mcdonalds. ari 2 baru dapat hehehehe.
nie pic aku makan burger 2

abiz makan pi tengok wayang citer dark night. mase tengok 2 mengantok tak igt la. abiz je kuar kul 3, kami pon ke bukit bintang kononya nak cari otel tempat tido. ape yang kami dapat ialah full house bagi kesemua hotel di area bukit bintang tersebut. Ini lah pengalaman paling teruk aku rase. ye la mana taknya kene tido kat kaki lima. macam pengemis... aku dan budak umah takde pilihan kerana masing2 penat dan mengantuk. kalo aku tau pekara camni nak jadi da lama aku bawa baju awal2 plan betul2 huhuhu. nak buat camne pekara da jadi kan.. hehehe

pe2 pon pekara tersebut menjadi pekara manis walaupon banyak pekara pahit berlaku. memang seronok dan mencabar perjalanan kesana dan kehidupan seharian di kl walaupon aku sendiri da mahir dengan situasi sana. pe2 pon Komputer yang aku nak da menjadi kenyataan. sekarang aku da de kom aku sendiri. hehehe TIME KASIH FAMA....

No comments:

Image and video hosting by TinyPic