Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Wednesday, October 27

Masjid Selat.

Salam Sejahtera & salam satu malaysia. dah berkurun jugak la penulis x update blog penulis nie. ye la xde ape yang menarik berlaku dalam idup penulis, jadi blog ini sepi tanpa ada apa-apa yang menarik tentang diri penulis ini. Dikesempatan penulis melalui hari-hari yang kian berlalu ini, penulis boring so penulis follow la parent penulis meronda-ronda di bandaraya Melaka ini. hmm meronda tengahari. so apa lagi aktiviti meronda ni yek? hmm tak meronda kemana-mana pon just pie bandar ada hal sikit.

Nak dipendekkan cerita, penulis da sampai melaka nie, mak penulis serta penulis nak menunaikanlah ibadah rukun islam yang ketiga ini, jadi penulis pikir la mana nak pie tunaikan kewajipan ini. Pikir punya pikir, terlintas dalam kepala penulis Masjid selat ni. Tak pernah pulak sembahyang kat sana jadi apa kata nak lihat masjid tersebut.

hmm apa yang penulis boleh katakan Hebat dan Tak terkata.Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.
Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.
Menurut Pemandu Pelancong, Shaukani Abbas, masjid tersebut penting kerana ia dapat meniup semangat baru kepada seluruh masyarakat Islam di negeri ini.Ini kerana, katanya, masjid berkenaan terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan eksklusif selain perumahan yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.
Beliau memberitahu, selain untuk tujuan solat, rakyat dan para pelancong juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar masjid.

"Pembinaan masjid tersebut di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Bandar Hilir adalah mercu tanda baru di negeri ini serta menunjukkan usaha kerajaan negeri yang sentiasa meningkatkan syiar Islam."Masjid yang dibina di atas permukaan laut berdekatan pulau buatan manusia ini akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan di negeri ini," ujarnya ketika ditemui di Melaka, baru-baru ini.Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Untuk pengetahuan bersama, masjid tersebut merupakan ilham daripada Ali Rustam yang pernah menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.Jika kita meninjau masjid ini dengan lebih dekat lagi, pastinya seribu ketenangan jiwa tercipta bagi melupakan sebentar segala cengkaman masalah dunia.Masjid yang didominasi rona putih lambang kesucian, benar-benar jelmaan keindahan dan kehalusan seni bina bagi menarik hamba-hamba-Nya supaya lebih dekat dengan Allah SWT.

Jadi nikmatilah apa yang penulis sempat rakamkan:











bonda & Ayahnda




2 comments:

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah...

eeemmm nanti kalau ade kelapangan nanti akan singgah lahhh kat masjid selat itewww....

coz kalau nak kirakan dah dekat ngan imah makcik aku kat sana tu

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Recent Posts