Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Saturday, September 25

Rumah hampir banjir & hampir terbakar..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, ari nie termaktublah dalam sejarah bahawa pada 14 syawal 1431h umah penulis diuji oleh tuhan hampir banjir dan hampir terbakar. Penulis nak kongsi bersama pembaca supaya dapat dijadikan ikhtibar serta pengajaran bersama supaya perkara ini tidak terjadi kepada anda semua.

Semenjak kebelakangan ini, kawasan di rumah penulis kerap dilanda hujan. Hujan itu rahmat dan penulis xkan salahkan hujan dengan penurunannya ke muka Bumi Allah ini. Syukur kepada tuhan kerana mengurniakan air untuk manusia. Akibat hujan yang lebat, maka parit yang berada di sebelah umah penulis mula dipenuhi oleh linangan air yang menjadi pusat pengaliran air sebelum ia disalurkan ke sungai yang terletak kira-kira 1 km dari kawsan rumah penulis. Limpahan air yang x dijangka tersebut menyebabkan mak penulis menjadi risau kerana kuatiri rumah ini dinaiki air banjir. Maka mak penulis menyuruhklah penulis mengambil gambar supaya dapat disampaikan masalah ini kepada pihak JKKK kg ini. Jadi penulis pergilah ambil gambar kawasan yang sudah dinaiki air tersebut supaya dapat menjadi bukti masalah ini perlu dibendung segera. Maka ini lah yang dapat dirakamkan.

Titi ke umah pak sedara dah tenggelam separuh



Air yang mengalir dari ats bukit

Titi yang dah hampir tenggelam




Longkang sekeliling dah penuh air

Belakang umah pon da penuh air





Air da penuh da nak masuk bhg dapur

Kawsan belakang pon da naik air





Pas snap-snap picture air naik untuk ditunjukkan kepada JKKK kg nie, maka kami sekuarga pon bersiap-siap lah nak kerumah JKKK kg ni. Dtg beraya sekali lah kiranya sbb dah raya ke 14 masih lom berjalan ke rumah jiran2 kat kg ni. Jadi kami sekuarga pon bersiap-siap lah dan bergerak ke rumah ajk JKKK kg untuk membuat aduan serta datang berkungjung raya sekali.

setelah lewat jam 10 dan beraya di rumah Tok Imam kg ini, maka mak pesan kepada ayah penulis supaya bergerak balik sebab hari dah lewat malam untuk berkunjung ke rumah orang. Maka pulanglah kami serkuarga. Sesampainya di rumah, penulis membuka pintu dan asap telah penuh di ruang depan rumah penulis. Penulis berkejar ke kawsan bilik  kerana pikir mungkin ianya berpunca dari bilik. Tetapi dugaan penulis dalah, ayah mula menjerit memberi isyarat bahawa ia mungkin berpunca dari bahagian dapur. Sangkaan ayah tepat sekali. Mak penulis terlupa memadamkan api untuk memanaskan lauk semasa die kuar rumah. Penulis menghampiri ke dapur berkenaan. Nasib baik api dapur tak menyambar apa-apa lagi tetapi asap sudah memenuhi ruangan rumah. Maka saksikanlah apa yang penulis sempat rakamkan.

bhg dapur kering dah digenangi asap
Asap dari bhg dapur basah. Kabur habis dengan asap-asap


Punca kejadian

Habis hangit/rentong


Smoke ditector lak terlupa nak letak kat kawasan yang sepatutnya. maka die lambat berbunyi

asap dah memenuhi ruang hingga ke ruang depan

Pak sedara pantau keadaan kejadian

asap

asap dan asap lagi



Lauk ketam yang dah hangit dan rentong
sudip pon dah cair nasib baik apir x sambar


Begitulah kejadian yang menimpa umah penulis pada 14 syawal ini, nasib xde kerosakan dan kemalangan jiwa berlaku. Apa-apa pon disini penulis nak ingatkan diri penulis serta pembaca semua supaya jangan lupa memeriksa keadaan rumah anda samaada selamat ataupon tidak untuk ditinggalkan. Kerana dengan sedikit kecuaian maka akan memakan diri anda sendiri. Pesanan iklas Tajaan pihak Bomba dan penyelamat.

1 comment:

saya_arief said...

uih,,
bahaye tu..
jangan leka ngn dapur gas..

Recent Posts