Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, September 28

Diserang SAWA

Salam lebaran dan salam 1 Malaysia. Huh tengok tajuk entry pon da bleh agak binatang ini agak menggerunkan. Seperti pembaca-pembaca semua sedia maklum, penulis ada membela beberapa ekor ayam dan itik serta seekor angssa. Tanpa di diduga pada malam semalam iaitu pada 27/9 kira-kira jam 8 45 minit malam, reban kondo telah diserang hendap oleh seekoq ulaq SAWA.

Masa 2 penulis sedang sibuk menonton tv untuk menambah informasi terkini. Tiba-tiba ada satu sora teriakkan. rope-ropernyer mak penulis yang meneriak memanggil nama penulis.. Brad pit, Brad pit. Hamba pon menyahut, iya ibunda, kenapa bonda panggil Brad pit nie. Ibunda penulis pon suruh penulis meng"check" keadaan kondo di belakang kerana terdengar riuh rendah di kawasan kondo berkenaan. Tanpa berlengah, penulis mencari torch Ligh supaya penulis dapat mengetahui apakah yang terjadi di dalam keadaan kondo.

Andaian pertama, Penulis ingatkan ade anjing nak makan ayam -ayam penulis. Anjing nie baru je beberapa hari lepas memakan seekor ayam penulis. !@#$% punya anjing, dasar binatang.... So penulis terus la ke kondo berkenaan dengan membawa sebatang kayu untuk dijadikan senjata memepah(memukul) anjing berkenaan. Suluh punya suluh punya suluh, xde nampak binatang berupa anjing pon, Ayam2 penulis masa 2 da bertempiran lari dari Kondo mereka. Jadi penulis memerhatikan pula keadaan dalam kondo berkenaan.

Ku Sangkakan kau musang ropenyer binatang bernama Ulaq Sawa dah merobek isi rumah kondo berkenaan.  Dengan berkeadaan cool dan segera penulis ke dalam umah untuk mendapatkan telefon. Telefon, telefon berbunyi, telefon kami datang... then dengan kadas pantas dan segera maka penulis terus menghubungi pusat bomba dan penyelamat untuk menangkap binatang ini. Dalam sepuluh minit lebih, 2 orang pasukan bomba telah datang menaiki van mem"park"kan van mereka depan teratak penulis untuk menangkap penjenayah yang menceroboh kondo ayam penulis.

Dalam masa 10 menet juga, ular sawa berkenaan dapat ditangkap dan beliau tidak sempat menjamah makanan yang dibelitnya kerana dengan kecekapan pihak bomba tersebut dengan pantas menangkap beliau. Maka terpenjaralah beliau didalam sangkar ulaq yang dibawa oleh pihak bomba itu sendiri. Apa apa pon saksikalah kejadian yang sempat dirakamkan ini.


kesian ayam aku kena makan











1 comment:

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah...

wooooo besornye penyamun itewww bukan panggil polis tapi panggil bomba tangkap dia... dahsyat...

Recent Posts