Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, September 7

Orang siapkan rumah kau siapkan kereta.

Salam 7 likur dan salam satu Malaysia. Sedar x sedar lagi beberapa hari sahaja lagi umat islam di seluruh negara akan menyambut Hari Lebaran yang tiba. Baju raya dah beli,kuih raya da siap, umah da kemas, hah begitu lah sering persoalan yang timbul dalam beberapa hari lagi nak sambut raya nie. Sepatutnya persoalan tersebut harus diikuti dengan persoalan tambahan. Apa persoalan tambahan tersebut? apa eh agaknya. hehehe... bagi umat islam sudah tentu lah persoalan  yang harus di sertakan ialah Zakat fitrah dah tunaikan? Dah banyak amalan yang kita buat? Dah berapa muka surat A-quran yang kita telah bace? amacam boleh x tanya pada diri kite hehehe.

Berbalik kepada utama, seperti yang anda tahu, mungkin ramai di antara kita sedang sibuk menyediakan persiapan raya, ada yang beli baju baru tue sudah mesti kan, ada yang beli perabut baru, tue penulis tuju tuk mak penulis dan ada yang cat keta baru. haaa kepada sesiapa harus persoalan itu dituju kan ... jeng jeng jeng hehehe persoalan itu mak penulis tujukan kepada abg kepada penulis. Mana x nyer tengok pic kat bawah..

Sebelum
Selepas

Mana tak persoalan tersebut timbul, haha pe pe pon caya la bro, lawa hang cat kereta hang macam tuh baru ceria raya nie, hehehe ... peacee.....kalo nak kenal se pemilik kereta nie search aa kat fb muka die nie eh...masih singgle and available haha..(promote abg sendri nie)

1 comment:

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....

kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuko
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...

wahhhh lawa colour kuning itewwww cantikkkk sesangat... kereta pun nak raya gak kan

Recent Posts