Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Friday, April 17

Selamat Hari Jadi Saudara Kamaruzaman

Pada 12 April yang lepas, penulis telah ke Seremban saja untuk merehatkan minda sebelum menempuh minggu peperiksaan akhir, dikesempatan penulis berada disana pula, penulis telah merancang satu parti hari jadi mengejut kepada saudara Kamaruzaman. Terima kasih juga penulis nak ucapkan kepada saudara Azmie iaitu kawan baik kepada Saudara Kamaruzaman yang turut "ton tong" duit beli kek tersebut. hehehe da la dapat diskaun , tuan kedai tu siap tambah lagi buah strawberi kat kek tersebut. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Along dan kawannya, dan ALang kerana sudi belanja dan meraiikan Parti yang x seberapa meriah tersebut. Apa-apa pon ini yang dapat dirakam semasa parti hari jadi saudara Kamaruzaman di Doll Tomyam Negeri Sembilan:



Saudara Kamaruzaman Yang terharu dengan Parti yang Mengejut



Da ceria kembali



Penulis Sedang merakamkan Birthday Boy


Along dan Rakannya


Alang dan azmie

Kesudahannya, kek tersebut x habis dimakan kerana kami baru lepas makan malam sebelum membelah kek tersebut. Akhir kata Selamat hari Jadi Kamaruzaman dan semoga cepat kawen hehehehe...



No comments:

Recent Posts