Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Wednesday, March 4

Topeng dari Indonesia

Pernah anda menghadiri 'Mask party'? hmm kalo pernah baguslah.
penulis ada gak menghadiri parti macam 2, seronok memang seronok,
ye lah makanan die best tp bukan pakai topeng tu- menyusahkan penulis
nak makan je.

cerita pasal topeng ni, pernah anda dengar cerita pasal topeng dari indonesia,
mesti dalam fikiran anda terbayang, topeng topeng yang menakutkan dan
angker. dengan muka yang huduh dan gigi yang menakutkan. Bagi penulis
mungkin ada sebabnya ia diukir begitu.

Topeng adalah ikon kebudayaan yang penting untuk membantu memelihara
tradisi, agama dan sejarah mengikut amalan masyarakat indonesia. Pulau-pulau
di indonesia seperti pulau bali, pulau jawa, dan lambok kesemuanya mempunyai
kebudayaan yang melambangkan kebudayaan tempat mereka seperti dewa-dewa
pujaan mereka, syaitan.

topeng-topeng itu juga penting untuk memberitahu sejarah mengenai masyarakat
dari generasi-ke generasi. Watak-watak unik yang diukr menjadi topeng adalah
simbol yang wujud dalam topeng tersebut. Didalam sesebuah kes, topeng ini akan
digunakan untuk menjadi pengawal bagi menghalang kuasa jahat.


Penulis ade tiga topeng, tp yg ade magnet kat belakang 2

ia akan mengambil masa yang lama untuk mengumpul kesemua topeng-topeng ini dan memahami karekter-karekter topeng tersebut.

3 comments:

DaNieL HafIz said...

menakutkan je kalo tgk lame2

Ajwin Ajeera said...

sy tak prnh pakai topeng ni..

crazyloveman said...

topeng ni macam org guna tuk kuda kepang la...
btol kew aku merepek ni??

Recent Posts