Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, September 14

"Saga & Avanza" in memory.

Salam Lebaran dan salam 1 Malaysia. Amacam raya, banyak dewit raya da abis beri kat anak buah? heheh biasa la kalo da begelar pekerja. Bagi pembaca yang belum bekerja soalan die lain plak? Amacam banyak dewit raya kowang dapat? haha macam xde soklan lain kan nak tanya, mesti tanya pasal dewit, x leh ke kita x tanye pasal dewit. OK la lupa kan pasal dewit ray korang 2, biarlah apa yang kowang dapat atau abislkan biarlah kowang je yang rase. Berbalik kita kepada tajuk entri? Masih ingat x lagi korang dengan si Saga dan si Avanza? ala ayam gemok yang sama kaler dengan keta penulis 2. OK la mesti pembaca masih tertanya yang mana satu ini eh, nak nak pembaca baru yang baru je buka blog penulis nie. hehe ok lah kalo nak tau sapa si Saga dan Avanza nie ikuti cerita penulis selanjutnya selepas ini.

" Kelahiran Si Avanza dan si Saga di lahirkan tanpa mengenal siapakah ibu bertelur mereka, Si saga dan si Avanza di pada mula dilahirkan tidaklah diberi nama sebagai mana penulis yang memberi nama kepada mereka berdua. Selepas beberapa hari dilahirkan dan dipanaskan oleh ibu angkat mereka, mereka dipisahkan oleh penjaga atau lebih dikenali dengan panggilan tuan kedai. Tuan kedai ini ialah tauke kepada penjual dan pembekal ayam-ayam.

Pada suatu hari, seorang pembeli datang ke kedai tauke tersebut, belek punya belek, pembeli tersebut bersetuju untuk mengambil si avanza dan si saga untuk dijadikan haiwan ternakkan nya. Maka terpisah jauhlah si Avanza dan Saga dengan kuarga angkatnya dan cerialah mereka dengan kuarga yang baru. Di rumah baru, Avanza dan Saga ditempatkan bermasa adik-adik tiri yang lain, mereka hidup bekerjasama dan saling bermain diantra satu sama lain untuk menceriakan hidup mereka adik beradik lain mak lain bapak.

Setibanya petang mantai(petang sebelum hari raya), Maka genaplah umur Avanza dan Saga 7 bulan, bab kata ibu penulis, kalo lagi lama, lagi liat nak buat Juadah. Hari ditunggu telah tiba, pisau tajam menunggu mereka berdua, Hanya diumpan dedak segengam, ayam montok diberi nama Avanza dan Saga  akhirnya telah sampai ajalnya untuk dijadikkan juadah. Hanya sekejap pekera itu berlaku, dengan lafaz bismillah dan beberapa hirisan ditengkokknya , maka rebahlah Avanza dan Saga ke tanah. Sampailah ajal kamu berdua yang sedia berkhidmat untuk manusia.

Banyak kenangan manis bersama Avanza dan Saga tak dapat dilupakan, Teringat penulis kalau lambat diberi makan maka Avanza dan Saga akan berlegar-legar di depan rumah menunggu penghuni keluar rumah memberi makanan kepadanya. Teringat lagi apabila tiba waktu petang dengan sekali laungan sahaja, mereka akan berlari terkedek-kedek kepada penulis untuk makan. Teringat lagi disaat penulis memeluk ayam montok itu dan mengangakat mereka untuk bemesra dengan mereka. Sedih. Mereka sudah pergi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan bersama mereka. Bersemadi lah kamu dengan aman, agar kamu ditempatkan di tempat yang ditentukan Allah swt. Ini lah sahaja kenangan yang dapat dirakamkan sepanjang hayat haiwan yang bernama Avanza dan Saga.






Kenangan bersama Avanza dan Saga.



Hari-hari Terakhir Avanza dan Saga.

3 comments:

Afzainizam said...

*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

selamat tinggal saga avanza... lepas ni kancil dan satria plak.... buat rendang sodap ni.... ayam kampung ni wehhhhhh sodap... sodap

Afzainizam said...

-SalamAidilfitri-Maaf Zahir & Batin-
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

woooooo dah masuk perot pun buat masak kari ke kicap keeeee.... isshhh lama tak makan ayam kampung asyik ayam bandar ni dah jemu

Yuni Aisyah said...

bestnya nama ayam tu...smart..hehe..

Image and video hosting by TinyPic