Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Monday, August 16

Peribahasa " JANGAN MARA AAA"

Baru-baru nie penulis berkesempatan bertemuramah dengan seorang wartawan yang sangat femes dengan gayanya yang sering mengangkat tangannya ketika berada dikaca tv. Wartawan yang sekarang ini telah menjadi host kepada sebuah rancangan yang agak popular di tv 15 iaitu rancangan “Aduan Masyarakat” telah menjadi contoh kepada bakal-bakal wartawan yang baru meningkat naik ini.


Wartawan yang tidak asing dikenali dengan peringatan peribahasanya setiap kali kuar di tv itu di kenali dengan nama KARAM TAK TIMBULDA. Masih ingatkah pembaca dengan peribahasa nya “Terbakar kampong nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu” dan beberapa peribahasa lain yang dikeluarkan oleh saudara Karam ini?

Di akhir perbualan penulis dengan saudara Karam ini, penulis mengakhiri pertemuan ini dengan soklan cepu mas, iaitu dari mana die belajar peribahasa ini. Dengan ringkas beliau tanpa berkata apa-apa memberikan sebuah buku yang rasa-rasanya difotocopy dari salinan asal agaknya, dengan pantas die menyuruh penulis baca:

Kalo nak tau apa peribahasa yang ada dalam buku tersebut mari kita lihat antara peribahasa-peribahasa yang terpancul keluar dari mulut penulis itu. Antaranya:

- kemana tumpahnya kuah kalau tak ke BAWAH

- tak lapuk deh hujang, tak lekang MACAM BUAH RAMBUTAN

- Tiada rotan, PELEMPANG berguna juga.

- Biar lambat, asalkan TAK CEPAT

- Biar putih tulang, Asal JANGAN KUNING GIGI.

- Kalah jadi abu, menang jadi arang, SERI JADI ABU BAKAR.

- Carik-carik bulu ayam, akhirnya jadi SHUTTLECOCK.

- Secupak tak akan jadi 18 CUPAK.

- Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal DUNIA

- Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula MAKANAN DI DALAM MULUT.

- Alang- alang mencelup pekasam, biar sampai JADI ASAM PEDAS.

- Berapa berat memandang, berat lagi SEGUNI BERAS.

- Cubit paha kanan, Peha kiri TAK RASA APA-APA PON

- Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang BISU.

- Hidup segan mati KENA TANAM.

- Lembu punya susu, CAP TEKO dapat nama

- Sehari selembar benang, lama-lama BENANG HABIS.

- Jika kail panjang sejengkal, BELILAH YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK MENGAIL DI LAUT.

- Hendak seribu daya, Tak hendak TAK APA.

- Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik TAK HUJAN BOLEH MAIN BOLA.

- Sebab pulut santan binasa, sebab mulut HABIS PULUT LICIN SEBELANGA.

- Kecil-kecil cili padi, kecil lagi BIJI CILI.

- Kalau sudi katakana sudi, kalau tak sudi BOLEH BLAH!!!.
Hehe jangan mara aa, just nak bagi release tensen je kat pembaca-pembaca semua

2 comments:

Unknown said...

hahaa...
ader masa plk utk pkir semua nie..hahaha
tq..

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

adoiiii kalau camni punya peribahasa mau karamsingh walia tu pencen awal wehhh...

masa aku skolah kena buat karangan tentang peribahasa tu aku sendiri tak tau buat...

pasal cadangan ko thanks lah... aku akan fikirkan macam mana nak buatnya tu... tu lahhh aku rasa cadangan ko bagus tu... tapi aku punya blog ni kecil sapa lah aku ni

Image and video hosting by TinyPic