Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Sunday, September 23

Perginya Insan Kusayang

Pada awal ramadhan . yak ni pada 1 ramadhan tahun 1428 hijrah, seorang insan yang aku sayang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. insan yang ku maksudkan adalah nenekku..


beliau telah dilahirkan pada 1935 . yakni sebelum malaysia mencapai kemerdekaan lagi. beliau telah melahirkan seramai 12 orang anak termasuk ibuku.nasib tidak menyebelahinya kerana 5 dari 12 orang anaknya telah pergi dahulu menghadap ALLAH S.A.W. tetapi beliau tetap tabah menghadapi dugaan yang telah ALLAH beri kepadanya.


beliauyang berwatakan ceria dan pemurah seperti yang disifatkan kawan-kawannya menyebabkan die disenangi dan dikelilingi orang yang suka kepadanya.beliau juga memiliki hobi yang menrik iaitu melancong ke seluruh malaysia iaitu mengikut rombongan yang diadakan untuk warga-warga emas.


Pada tahun 1990 beliau telah mengejarkan haji bersama-sama datukku. setelah pulang dari haji dan menjadi hajjah, beliau lebih senag duduk dirumah dan ingin mendalamkan ilmu agama sebelum menghada ilahi..



dan pada bulan 8 tahun lepas, beliau telah diuji dengan satu ujian yang agak pedih tetapi beliau harus menelannya dengan hati terbuka. suami tercinta telah pergi dahulu menghadap tuhan penciptanya.tingallah beliau seorang diri ditemani anaknya..



selepas 3 bulan beliau redha dengan Ujian ALLAH, beliau diuji dengan satu lagi ujian ALLAH. beliau telah mendapat satu penyakit dimana darah tidak dapat sampai ke hujung jari kakinya menyebabkan bahagian jari kakinya ..


beliau terpaksa memnaggung kesakitan sehingga tidak dapat tidur kerana penyakit tersebut. sehinggalah beliau terpaksa memotong kakinya sehingga bawah lutut. selang dua minggu dari beliau telah pergi berjumpa dengan MAHA PENCIPTA.






ALFATIHAH KEPADA:


ZAINAB BT SAODAH

KAMIT BT TEMAH



No comments:

Image and video hosting by TinyPic