Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Tuesday, August 10

Bermulanya bulan penuh dengan pahala

Salam sejahtera, dan salam satu Malaysia penulis ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian. dok dek dok dek kejap je da sampai waktu bulan untuk kita semua umat islam di seluruh dunia untuk menunaikan rukun islam ke 3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Sebelum penulis berbicara dengan lebar panjang eloklah penulis mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua. OK. Pada entri kali ini, penulis nak ingatkan kepada pembaca-pembaca semua dan kepada diri penulis sendiri kepada pekara-perkara yang membatalkan puasa. Ada ke perkara yang membatalkan puasa ini? hehe soklan nie anak buah penulis yang tanya. Jadi penulis pun bercerita la panjang lebar kepada beliau. Nak di pendekkan ceritanya nie poin2 yang penulis highlightkan kepada anak buah penulis:

Syarat wajib puasa
-Orang-orang Islam, serta menuhi syarat-syarat berikut:

-Berakal/waras
-Baligh (cukup umur)
-Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa
-Orang Islam
-Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz

-Suci daripada haid dan nifas
-Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa ada dua, iaitu:
-Berniat pada malam harinya

-Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Nota: Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Nota: Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
Sekian dahulu entri pada kali ini, semoga kita semua mendapat keberkatan dari ALLAH swt di bulan suci ini. Di kesempatan ini juga penulis ingin meminta seribu keampuanan jika penulis ada membuat salah dan sialap kepada semua dan apa yang baik hanya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah dari penulis sendiri.. sekian


“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.-Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

-Makan sahur serta melambatkannya
-Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
-Menjamu orang-orang berbuka puasa
-Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

-Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
-Muntah dengan sengaja
-Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
-Keluar darah haid atau nifas
-Gila (hilang akal)
-Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
-Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
-Murtad (keluar dari Islam)
-Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

SOALAN-SOALAN LAZIM YANG DIPETIK DARI LAMAN WEB MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

1. Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

2. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:  
“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

3. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah.

4. Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.

5. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.

6. Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

7. Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

8. Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

2 comments:

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

maaf kerana tak terperasan soalan anda tu ye... thanks bertanya...
Ok kebanyakkan kedai basuh kereta tu polish dia mai pakai bedal aje..maaf coz mmg tak bagus polish diorang pun..

yg sebenarnya cuba ko tengok kat polish & wax dalam botol kat pasarraya.. dia ada tulis kat label botol tu polish untuk colour matalic lain. colour standart lain.. klu wax jenis acrylic plak akan memudarkan lapisan kilat kat kereta kerana sifatnya menghakis.sebab itu lah kereta boleh pudar colornya..

baca lebal ada tulisan Clay,Syntetic polymer, paint cleaner.. ni semua beza penggunaannya..

aku rasa kedai tu pun sendiri tak tau beza antara benda ni semua tu yang dia bedal aje kat kereta orang.. mula2 nampak kilat lepas tu hampehh...

Insya Allah kalu ada kelapangan nanti aku akan jelaskan masalah ko dalam bentuk entry secara detail ye.. tunggu

man said...

Kalau dalam waktu sahur ni kite ambil dadah..jadi..puasa akan batal atau tidak?

Image and video hosting by TinyPic