Apa yang sebenarnya nak dikatankan sms berantai nie, SMS kita tau la singkatan bagi short masage. Berantai pula maksudnya adalah berkaitan atau berpautan diantara satu sama lain. Jadi apakah maksud SMS berantai nie. Untuk mengetahuinya ikuti cerita saya kerana diakhir penulisan saya ini saya akan membuatkan anda tahu apakah maksud sebenar SMS berantai ini walaupon anda dah tahu apakah makna perkataan tersebut.
Bermulanya seperti ini, satu hari penulis mendapat satu massage di malam hari, selalunya pada malam hari penulis x berapa baca sangat sms yang masuk ke dalam hp penulis kerana malas nak pegang hp pada waktu nak tido, jadi penulis hanya membiarkan sms tersebut dibaca pada keesokan hari. so sebelum nak pergi kerja penulis belum juga membaca koleksi sms penulis yang belum dibaca.
Sesampainya penulis di opis penulis, penulis mahu memberi sms selamat pagi kepada yang terbabit. kemudian terlihat beberapa koleksi sms yang belum terbaca. terdapat 5 sms yang belum dibaca.jadi penulis pon membelek satu per satu sms yang belum dibaca. yang pertama dari kakak sedara belah ayah penulis yang mengucapkan selamat malam, penulis menjawabnya dengan senyuman dan menghantar sms minta maaf kerana sudah tido semasa sms tersebut masuk.
sesampainya sms yang terakhir ialah dari seorang kenalan semasa penulis belajar dahulu, penulis membuka sms tersebut dan mula membacanya"......... sebarkan kepada 10 orang, jika tidak anda akan ditimpa musibah" penulis mula berfikir, adakah perlu disebarkan atau tidak. sms tersebut secara keseluruhannya adalah berunsur keagamaan. jadi penulis mula berasa kurang senang diatas pekara tersebut.
penulis pon membelek belek pencarian engin yang berada dihadapan penulis. dan inilah yang penulis dapat :
Soal Jawab sms berantai
Soalan 1:Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?Soalan 2:Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalahJawapan:Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau agama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.Wallahu'allam

1 comment:
saya pernah juga menerima seperti ini tapi sy x layan.dari secara logiknya....agak kurang munasabah...
banyak betul benda yg nak memesongkan akidah kita ini..hati2
Post a Comment