Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Sunday, July 19

Ia Bulat Tapi Berduri..Apa Dia?

Harap penulis tidak terlewat nak postingkan pasal cerita nie. benda apa yang bulat arr...hmm mungkin guli? tidak... hmm mungkin tayar?... tidak, jadi apakah benda bulat yang berduri 2 eh. haha sebenarnya benda 2 ialah sejenis makanan yang amat fames kat Malaysia nie. apa lagi buah yang berduri dan berbentuk bulat... tak lain dan tak bukan ialah DURIAN raja segala buah( bukan nenas ke raja segala buah).

lebih kurang sebulan yang lepas penulis telah pulang ke kampung halaman penulis yang terletak di Jasin Melaka. hmm kampung penulis nie sempadan dengan Tangkak. Masa penulis balik 2 baru je pas abiz musim durian. Lupa plak nak bgtau sbb penulis balik bukan nak makan durian sebenarnnya tp ada majlis perkahwinan berlangsung disitu. Nak nak majlis tersebut ialah meraikan anak kawan baik ayah penulis. ini lah yang sempat dirakamkan semasa majlis kawen tersebut:-
Pengantin sedang menjamu selera sejurus penulis sampaiMesti kena amik gamba dlu sebelum makan hehehe
Kita sama-sama doakan kebahagian pengantin sehingga ke anak cucu

Semasa penulis sedang menjamu selera dan bersantap(anak raja ke nie) bersama-sama keluarga penulis, akhirnya sampai la kakak ipar tiri ayah penulis( Mak Ngal) yang baru sahaja kehilangan suami tercintanya 4 bulan lepas. Dia datang bersama anak dan cucunya ke majlis tersebut. dan kami makan la bersama. Selepas makan, Mak Ngal mengajak kami sekeluarga menjenguk Dusun durian nya yang sudah lama x terurus sbb sebelum nie arwah suaminya yang menguruskan dusun durian tersebut.

hmm maklum la , penulis datang pon ujung2 bulan musim durian so banyak durian da gugur menjadi tempoyak. so yang ada pon saki baki je yang tinggal. so sempat la penulis merasa 2 3 biji durian buat menjamah hehehe. Nie gamba yang penulis sempat rakamkan di Dusun Durian tersebut.

Penulis sekeluarga dan keluarga Mak Engal baru sampai di dusun durian

Ayah penulis sedang mencari saki baki durian yang gugur, tp x jumpa apa2 hehe

Nasib baik ada gak sedara mara yang simpankan sedikit tuk kami rase. ada la dalam 2 3 biji

Da abiz santap durian baru la bertanya khabar ye la da lama x tanya khabar heheh

Gambar penulis bersama abang dan adik penulis di tempat bermain semasa ayah penulis kecik2 dlu

Apa-apa pon penulis bersyukur dapat juga merasa durian hasil dari titik peluh sedara mara sendri hehe. Cukup tenang dan aman susana kampung sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran yang kusut . hehehe selamat untuk masa nie. Adioosaaa

2 comments:

Anonymous said...

BEST GAK SESEKALI DPT TURUN DUSUN...KMPG...RINDU KMPGGGGGGGGGGGGGGGG

iyllienaz said...

my favourite gak durian..sedap!!

Image and video hosting by TinyPic