Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Friday, September 12

Persahabatan+Friendship

Setiap Manusia diciptakan lengkap berpasangan, yang muda berpasangan dengan yang muda, yang tua berpasangan dengan yang tua dan ade juga yang sebaliknya. Aneh dan Ajaib sungguh ciptaan Tuhan yang kesemuanya mempunyai hikmah tertentu dalam memberikan kehidupan manusia supaya menjadi indah dan menarik. Tak dinafikan juga manusia mempunyai teman-teman di dalam masyarakat mereka. tuhan menciptakan mereka supaya hidup bekerjasama dan saling menghidupkan bumi Tuhan ini.



Pernahkah anda mengerti apa itu makna persahabatan? Pesahabatan merupakan satu ikatan kukuh diantara dua manusia atau lebih di dalam atau diluar organisasinya dan memiliki sifat-sifat yang berunsur ambil berat terhadap sesuatu pekara seperti menjaga hati, menjaga hubungan, saling kasih mengasihi diantara satu sama lain( hafiz.2008)




persahabatan sinonimnya wujud apabila seseorang itu mendapat perhatian dan penghargaan dari orang lain tentang apa yang dilakukan terhadap mereka. persahabatan boleh wujud dari pelbagai situasi contohnya di masjid, di pasar-pasar , di tempat belajar, di kedai makan malah dimana saja anda berada dengan syarat anda memiliki sifat ingin berkenalan serta memiliki perasaan perihatin terhadap seseorang itu.




pernahkah anda memiliki teman sejati? ya soalan ini memang memerlukan pemahaman apa itu teman sejati. kawan sejati adalah teman yang sanggup bersusah payah dalam membantu kita jika kita ada masalah. Apa itu bersusah payah? maknanya die sanggup bersusah senang seperti menangis bersama-sama jika kita bersedih, mendoakan kesejahteraan kita, serta tahu menjaga perhubungan diantara kita. bagi saya teman sejati saya adalah ibu saya. dia adalah insan yang benar-benar memahami apa yang saya perlukan dan apa yang berlaku terhadap saya. saya yakin seseorang itu sudah pasti memiliki teman sejati yang tertentu.




jadi carilah teman sejati supaya kita tidak kesunyian. Jika kita berasa kesunyian maka ingatlah ALLAH jualah yang sentiasa bersama kita setiap detik dan ketika, setiap saat dan masa, maka bermohonlah kepada DIA supaya kita tidak kesunyian.





"Kawan Suka Mudah dan senang dicari, Kawan Duka payah dan sukar dicari dan diganti"

No comments:

Image and video hosting by TinyPic