Coretan

My photo
Jasin, Melaka, Malaysia
Dalam ranjau kehidupan, kita sering berhadapan dengan jalan buntu seolah-olah dunia ini akan kiamat. Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang untuk bernafas. Tiada lagi ruang untuk menapak walau selangkah. Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir, mesti ada ruang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan. Dan ingatlah penamat hidup hanyalah malaikatmaut yang memisahkan nyawa dari jasad kita.

Friday, September 5

Bulan Ramadhan Al-Mubaraq

kehadiran Bulan Ramadhan ditunggu-tunggu bagi setiap mukmin yang sentiasa mengingati ALLAH. Kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan kepada Hamba hamba Allah yang mahukan kemaafan daripada penciptaNya. Tak lupe juga solat terawih yang disunatkan kepada hambanya memberi seribu satu keistimewaan kepada para mukmin yang menunaikannya.


Pada Ramdahan kali ini, aku cukup bersemangat meyambut kedatangannya. Aku cukup gembira dengan kehadirannya. Bukan kerana teringatkan juadah yang beraneka ragam yang dijual di bazar-bazar ramadhan dan bukan juga kerana dapat bubur lambuk free dari pihak surau. Puasa pada kali ini, aku menunaikanya seperti biasa sejak 2 taun lepas iaitu di tempat belajar aku. Memang lain situasi jika kita berada dikampung, masakkan telah disediakan oleh ibu, bermacam-macam lauk pauk, dimeriahkan dengan suasan riuh keluarga. Tp disini tidak kurangnya, kami juga masak bersama-sama, ke bazar ramadhan bersama-sama, juga bertarawih juga bersama-sama. biasalah hidup sebagai seorang pelajar di perantauan,


Selalunya pekara yang hangat diceritakan bila tiba time puasa nie bukan kerana puasanya tetapi kerana pekara yang paling utama bagi sesetengah orang iaitu TIKET PULANG KE KAMPUNG. Agak lucu kalo bercerita pasal tiket pulang ke kampung nie. Pada hari pertama lagi, ramai kawan-kawan kita sudah berpusu-pusu mencari tiket untuk pulang ke kampung untuk hari raya ni, ada yang dapat, dan ada juga yang keciwa kerana tiket sudah abiz. begitu lah ragam pada segelintir manusia. memang agak lucu juga kadang-kadang tu.


berbalik kita kepda topik puasa, memang x dinafikan perbagai juadah disediakan untuk pembeli. Ada nasi kerbu, nasi dagang, nasi tomato, nasi ambeng, nasi berlauk dan tak lupa juga kepada mee bandung, mee laksa, mee rebus dan mee kawah begitu juga dengan kuihnya seperti kuih lompat tikam, kuih lodeh, kuih keria dan bermacam-macam lagi juadah berbuka. tapi diigatkan supaya kita jangan boros apabila berbelanja. Biar kita kenyang asalkan jangan membazir bak kata pepatah "Membazir Amalan Syaitan". Jadi berjimat-jimatlah dan gunakan wang secara efektif dan efisyen. kalo boleh masak lagi jimat dari beli di bazar ramadhan.


untuk itu sampai disini saja coretan ku. insyaallah ade kesempatan akan sentiasa update semasa ke semasa . assalamualaikum...

No comments:

Image and video hosting by TinyPic