Walaupun tewas pada peringkat kumpulan dengan pasukan Indonesia dengan argreget 5-1, tetapi pasukan Malaysia layak menjadi pasukan peringkat separuh akhir menentang Vietnam. Pada peringkat separuh ini, skuad harimau berjaya mengalahkan pasukan dari Vietnam dengan argreget 2-0, seterusnya melayakkan pasukan Malaysia kita menempah tiket Final sekali lagi menentang pasukan dari Indonesia.
Setelah belajar dari kesilapan lalu, skuad K. Rajagobal telah bersiap sedia untuk meranggul Piala suzuki pada kali ini. Perangcang dan segala teknik ditukar bagi mengelakkan kekalahan berulang kali di pentas final. Keberanian K. Rajagobal mennurunkan ramai permain muda seperti Penjaga gol iaitu Khairul fahmi dan juga pertahanan skuad Negara, Muslim, memantapkan lagi pasukan negara di pentas final.
Walau apa pun, sekalung tahniah di berikan kepada Jurulatih kebangsaan, pemain bola sepak negara serta penyokong-penyokong negara yang tanpa penat lelah sentiasa menyokong skuad bola negara dalam melangkah menjadi Juara.